Cari @ Amanz

Terdapat tiga nama besar dalam sistem operasi televisyen pintar iaitu Tizen, webOS dan Android TV. Setiap satunya mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. webOS di tangga kedua tahun lalu sebagai platform penstriman terbesar di belakang Tizen. Menyedari mereka kini tidak jauh di belakang Samsung, LG mula menawarkan sistem operasi mereka kepada pengeluar televisyen pintar yang berminat.

Menerusi pelesenan, pengeluar TV seperti RCA, Ayonz dan Konka akan mula menawarkan model dengan webOS. Kelebihan di sini ialah ia turut hadir dengan sokongan alat kawalan jauh LG Magic Motion yang pada hemat kami terbaik di pasaran kerana boleh digunakan seperti penunjuk laser. Proses menaip di skrin menerusi Magic Motion adalah yang paling mudah berbanding penggunaan butang anak panah pada pengawal lain.

Kekurangan ialah webOS version 5 sahaja dilesenkan dengan webOS version 6 yang diumumkan di CES awal tahun ini masih lagi ekslusif pada televisyen LG.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd