Cari @ Amanz

Amazon adalah syarikat teknologi gergasi, sama seperti Google. Mereka mempunyai pelbagai produk dari laman e-dagang, perisian, peranti, storan awan, penstriman muzik, video, permainan dan banyak lagi.

Platform penstriman muzik mereka, iaitu Amazon Music adalah platform yang agak baik. Ini kerana Amazon gemar menawarkan promosi langganan dalam bentuk berkas, mempunyai sokongan audio nirhilang dan menyokong ekosistem Amazon itu sendiri. Aplikasi Amazon Music selama ini terhad di Fire TV, NVIDIA Shield dan telefon pintar Android.

Kini, Amazon mengembangkan lagi pasaran Amazon Music ke platform Android TV lain dan juga Google TV. Dalam ujian saya, anda perlu menggunakan akaun Google Amerika Syarikat untuk memjuat turun. Tetapi anda boleh sahaja menstrim muzik tanpa VPN atau sebarang masalah.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd