Cari @ Amanz

Spotify membenarkan pengguna memasukkan lagu-lagu yang disukai ke dalam senarai main Liked Songs tanpa had. Kerap kali kerana tiada had yang diberikan, sedikit sukar mencari lagu mengikut genre dan mood. Tidak sesuai mendengar lagu cinta jika baru sahaja putus cinta. Oleh itu Spotify telah memperkenalkan ciri baharu yang memudahkan saringan lagu dilakukan.

Pada senarai main Liked Songs, pengguna akan dapat melihat pilihan genre pada bahagian atas. Apabila ditekan, lagu yang memenuhi genre tersebut sahaja akan dapat dilihat. Selain itu menyaring lagu mengikut mood sahaja turut boleh dilakukan.

Ciri ini akan diberikan dahulu kepada pengguna Android dan iOS di pasaran Bahasa Inggeris secara berperingkat. Ketika artikel ditulis, ia masih belum boleh diakses pengguna di Malaysia.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd