Realme 8 Akan Hadir Dengan Kamera 108MP
February 26, 2021
Peranti
Realme
Fahim Zahar
Realme 8 akan dilancarkan tidak lama lagi. Ia adalah siri peranti kelas pertengahan Realme yang akan menggantikan siri Realme 7. Kebiasaannya, siri peranti ini akan menggunakan cip pemprosesan MediaTek. Siri peranti ini mungkin akan menggunakan siri Dimensity baharu mungkin pengganti 800U, atau juga 1100 dan 1200.

CEO Realme, Madhav Sheth menciap #InfiniteLeapWith8 dengan gambar memperlihatkan kamera 108MP dalam tetapan kuad-kamera. Ini mungkin adalah peranti Realme 8 dan akan bersaing dengan peranti seperti Redmi Note 10 akan datang.
Peranti ini akan dilancarkan pada bulan Mac, sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.