Lebih 1 Juta Telah Mendaftar Mendapatkan Vaksin Menerusi MySejahtera Setakat Ini

Diterbitkan pada Feb 26, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Minggu ini ciri mendaftarkan minat untuk mendapatkan vaksin diaktifkan pada aplikasi MySejahtera, dalam masa sehari sudah setengah juta yang mendatar. Menurut ciapan Khairy Jamaludin pagi tadi, jumlah orang ramai yang mendaftarkan minat kini sudah mencecah 1 juta.

Sebenarnya ini masih lagi angka yang kami rasakan rendah untuk aplikasi yang dikatakan telah dimuat turun lebih 24 juta kali sejak dilancarkan tahun lalu. 1 juga juga adalah hanya mewakili sekitar 3% dari 31.9 juta rakyat Malaysia.

Angka dijangka bertambah selepas pengguna mengemaskini aplikasi ke versi terkini dan pendaftaran menggunakan portal serta hotline dibuka bermula 5 Mac kelak. Adakah anda antara 1 juta yang telah mendaftar? Sekiranya tidak apa yang ditunggu-tunggu lagi?

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami