Ciri Tab Berkumpulan Di Chrome Desktop Kini Diaktifkan Kepada Semua

Ciri Tab Berkumpulan Di Chrome Desktop Kini Diaktifkan Kepada Semua

Diterbitkan pada Mac 1, 2021 oleh .

Pada Mei tahun lalu, Chrom mengumumkan ciri tab berkumpulan Tab Groups – sedang diuji menerusi Chrome Beta. Selepas hampir setahun, ciri ini akhirnya diaktifkan kepada semua pengguna Chrome Desktop setelah sekian lama diberikan kepada pengguna versi Android.

Selepas dikemaskini ke Chrome 85, pengguna boleh mengakses ciri Tab Groups ini dengan menekan klik kanan pada tab yang terbuka untuk melihat pilihan baharu Add tab to group. Apabila kumpulan baharu dibuka, pengguna boleh memberikannya nama dan juga warna berbeza. Dengan ini kumpulan tab untuk kerja dapat dipisahkan dari kumpulan tab untuk media sosial sahaja misalnya. Pada waktu ini ciri Tab Groups disokong pada Chrome versi Windows dan macOS.


Paling Popular