Carian
Lagi Laporan Hadir Mengatakan iPhone 13 Bakal Hadir Dengan Pilihan Storan 1TB
March 1, 2021 Aman

Apple pada hari ini menawarkan iPhone dengan storan sehingga 512GB. Tetapi, bergerak kehadapan, Apple dijangka akan terus menaik-taraf penawaran mereka.

Sebelum ini, kita sedia mendengar kita akan melihat iPhone 13 dengan storan 1TB. Terbaru, hadir laporan penganalisa yang menguatkan lagi dan menyokong laporan sebelum ini – mengatakan Apple bakal hadir dengan iPhone 13 dilengkapi storan 1TB.

Dengan penawaran storan bersaiz besar, ia akan memudahkan lagi rakaman gambar dan video tanpa risau akan kehabisan storan, selain memasang sejumlah aplikasi permainan tanpa risau perlu membuangnya.

Selain storan besar, iPhone 13 juga sedia diperkatakan mungkin membawa kembali ciri Touch ID, dan terdapat kemungkinan sebuah model diperkenalkan tanpa sebarang port.

Komen