Honda, KTM, Piaggio Dan Yamaha Membentuk Konsortium Bateri Untuk Motosikal

Honda, KTM, Piaggio Dan Yamaha Membentuk Konsortium Bateri Untuk Motosikal

Diterbitkan pada Mac 2, 2021 oleh .

Seperti kereta, pengeluar motosikal juga mula menghasilkan kenderaan elektrik yang yang dilihat lebih mesra alam berbanding enjin konvensional. Selama Honda, KTM, Piaggio dan Yamaha telah mengumumkan pembentukan konsortium untuk membangunkan standard bateri boleh-tukar untuk motosikal keluaran mereka.

Menerusi konsortium, satu pek bateri boleh digunakan pada kenderaan kategori L di Eropah iaitu motosikal ringan, moped dan ATV empat roda. Motosikal yang bersaiz kecil tidak mampu dilengkapi bateri berkapasiti tinggi. Oleh itu penggunaan bateri boleh-tukar dilihat sebagai sistem yang lebih baik berbanding mengecas bateri untuk tempoh yang lama.

Dengan pembentukan konsortium ini, sebuah pek standard global ingin dibangunkan. Honda, KTM, Piaggio dan Yamaha kini menjemput pengeluar motosikal lain untuk menyertai konsortium. Dua tahun lalu Honda, Kawasaki, Suzuki dan Yamaha juga telah menumbuhkan konsortium tersendiri untuk menyeragamkan sistem pegecasan untuk motosikal.


Paling Popular