Satu lagi ketirisan maklumat mengenai siri Oppo Find X3 kini tular di media sosial. Siri ini akan dilancarkan pada 11 Mac ini dan menjadi peranti terkini daripada Oppo di bawah siri berkenaan. Buat masa ini, masih belum dapat dipastikan mengenai berapa bilangan model peranti yang bakal diperkenalkan.
Tetapi, spesifikasi untuk tiga daripadanya telahpun tertiris menerusi laman WinFuture. Model yang dimaksudkan ialah Oppo Find X3 Pro, Find X3 Neo dan Find X3 Lite. Ketiga-tiga model ini bukan sahaja berbeza dari segi rekaan, malah spesifikasi dalamannya juga.
Oppo Find X3 Pro dikhabarkan hadir dengan saiz skrin 6.7-inci AMOLED dengan resolusi 3216 x 1440 piksel. Paparan ini turut menyokong kadar segar semula 120Hz dan pensijilan HDR 10+. Seterusnya, ia juga menggunakan cip Snapdragon 888, memori 12GB RAM, storan dalaman 256GB dan bateri 4500mAh dengan pengecasan pantas 65W.
Tetapan kamera terdiri dengan 50-Megapixel (sudut-lebar) + 50-Megapixel (sudut ultra-lebar) + 13-Megapixel (telefoto) + 5-Megapixel (Makro). Sementara itu, kamera hadapan pula sebesar 32-Megapixel. Spesifikasi lain termasuklah – pelindungan IP68, Bluetooth 5.2, sambungan port USB-C, sokongan Dwi SIM + eSIM, menggunakan antaramuka ColorS 11.1 berasaskan Android 11 dan sebagainya.
Oppo Find X3 Neo pula akan menggunakan skrin bersaiz 6.5-inci AMOLED dengan resolusi FHD+. Paparan ini turut menyokong kadar segar semula 90Hz dan pensijilan HDR 10+. Kemudian, peranti ini juga akan menggunakan cip Snapdragon 865, memori 12GB RAM, storan dalaman 256GB dan bateri 4,500mAh dengan pengecasan pantas 65W.
Kamera utama terdiri dengan 50-Megapixel (utama) + 16-Megapixel (sudut ultra-lebar) + 13-Megapixel (telefoto) + 2-Megapixel ( makro). Seterusnya, kamera hadapan pula adalah 32-Megapixel. Spesifikasi lain termasuklah – pelindungan IPx4, sokongan 5G terbina, sambungan USB-C, Bluetooth 5.1 sokongan dwi-sim, menggunakan antaramuka ColorS 11.1 berasaskan Android 11 dan sebagainya.
Akhir sekali adalah Oppo Find X3 Lite. Secara keseluruhannya, rekaan dan spesifikasi peranti ini adalah mirip seperti Oppo Reno5. Skrin yang akan digunakan bersaiz 6.44-inci AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Paparan ini turut menyokong HDR10+. Ia juga akan mengggunakan cip Snapdragon 765G, memori 8GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri 4300mAh dengan pengecasan pantas 65W.
Tetapan kamera utama terdiri dengan empat kamera – iaitu 64-Megapixel (utama) + 8-Megapixel (sudut ultra-lebar) + 2-Megapixel (makro) + 2-Megapixel (kedalaman). Kemudian, kamera hadapan masih sama iaitu 32-Megapixel. Spesifikasi lain termasuklah – pelindungan IP 52, sambungan USB-C, sokongan 5G terbina, Bluetooth 5.1, dwi-sim, menggunakan antaramuka ColorS 11.1 berasaskan Android 11 dan sebagainya.
Buat masa ini, sumber memaklumkan bahawa mereka masih belum mempunyai sebarang maklumat berkaitan harga rasmi. Seperti biasa, segalanya bakal terjawab pada pelancaran rasmi kelak. Jadi, apa pandangan anda mengenai siri Oppo Find X3 kali ini?