Carian
Firma Singapura Melancarkan UCAV Supersonik Pertama Dunia
March 2, 2021 Effi Saharudin

Penggunaan dron tempur UCAV bersama dengan pesawat pejuang dapat menggandakan kemampuan serangan tanpa meningkatkan jumlah tenaga manusia. Beberapa sistem yang dibangunkan sebelum ini seperti Loyal Wingman untuk Australia membuktikan ia mampu dilakukan. Tetapi firma Kelley Aerospace yang berpangkalan di Singapura percaya dron tempur akan menjadi lebih efektif sekiranya mampu terbang pada kelajuan supersonik.

Konsep UCAV Arrow diperlihatkan oleh mereka minggu ini menyasarkan kemampuan terbang pada kelajuan maksimum Mach 2.1 (2593 km/j) dan jarak operasi sehingga 4810km. Arrow mampu membawa senjata udar ke udara, udara ke permukaan dan kelengkapan pemantauan sekiranya perlu di dalam tubuh bagi menyukarkan ia dikesan oleh radar.

Keseluruhan tubuh Arrow diperbuat daripada bahan monokok gentian karbon yang membuatkannya ringan berbanding UAV biasa. Pihak Kelley Aerospace akan menjual Arrow pada harga di antara $9-16 juta sebuah bergantung kepada konfigurasi dengan 100 pra-tempahan telah dilakukan setakat ini. Selain membangunkan dron UCAV Arrow, mereka juga ingin membina sebuah pesawat peribadi supersonik di masa hadapan.

Komen