Tiga Cip Exynos Mungkin Dilancarkan Samsung Tahun Ini

Diterbitkan pada Mac 3, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Saban tahun Samsung akan melancarkan dua cip Exynos yang kemudiannya digunakan pada telefon pintar. Satu dari kelas mercu dan satu lagi untuk peranti kelas pertengahan premium. Tahun ini mereka mungkin akan melakukan perubahan dengan melancarkan tiga cip Exynos.

Menurut Ice Universe, tiga cip Eyxnos yang dilancarkan bakal dilancarkan di bawah siri Exnos 22XX, Exynos 12XX dan Exynos 8XX. Dua daripada cip ini akan dilengkapi GPU yang dibangunkan dengan kerjasama AMD. Yang menarik ialah GPU ini dipercayai berasaskan teknologi RDNA AMD. Terdapat ura-ura GPU AMD untuk peranti mudah alih akan diumumkan sekitar Jun ketika Computex.

Akhir sekali menurut laporan ZDNet Korea pula, cip Exynos 22XX ini akan digunakan pada komputer riba Windows 10 keluaran Samsung. Kejayaan Exynos adalah perlu bagi Samsung kerana sejak tiga tahu kebelakangan ini ia tewas kepada cip keluaran Apple dan Qualcomm.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami