Caviar Menawarkan iPad Pro Diperbuat Daripada Emas Dan Permata Pada Harga RM750,000

Caviar Menawarkan iPad Pro Diperbuat Daripada Emas Dan Permata Pada Harga RM750,000

Diterbitkan pada Mac 3, 2021 oleh .

Jenama Caviar mempunyai tabiat melancarkan peranti edisi mewah melampau dengan kemasan yang diperbuat daripada emas dan kulit haiwan eksotik. Hanya beberapa minggu lalu mereka menjual PlayStation 5 dengan 1 kilogram emas. Kini mereka menawarkan pula Apple iPad Pro juga dengan 1 kilogram emas dan bertatahkan permata.

iPad Pro Grand Apple ini ditawarkan dalam saiz 11″ dan 13″. Bahagian belakang tubuh disadur emas dengan panel yang diperbuat daripada kayu. Terdapat ukiran pokok epal yang diperbuat daripada emas manakala buah epal pula ditatahkan dengan permata. Terdapat kata-kata hikmah dari Steve Jobs dan Tim Cook diukir di bawah pokok.

Menurut Caviar, hanya satu iPad Grand Apple akan dijual dan oleh sebab itu ia boleh dimiliki oleh mereka yang sanggup membayar $ 185,690 (~RM 753,000).


Paling Popular