Hartawan Jepun Menawarkan Lapan Individu Tempat Untuk Misi Ke Bulan

Hartawan Jepun Menawarkan Lapan Individu Tempat Untuk Misi Ke Bulan

Diterbitkan pada Mac 3, 2021 oleh .

Adakah anda ingin pergi ke bulan secara percuma? Sekiranya anda bernasib baik kerana Yusaku Maezawa, seorang hartawan dari Jepun menawarkan lapan tempat duduk kepada mereka yang berminat. Yusaku Maezawa juga adalah individu yang sama disahkan oleh Elon Musk menjadi penumpang kapal angkasa Starship pada tahun 2018.

Penerbangan pertama mengelilingi bulan dijadualkan berlaku pada tahun 2023 dengan 12 orang penumpang. Dari 12 ini, Yusaku Maezawa menawarkan 8 tempat duduk kepada individu yang akan dipilih menerusi Dear Moon Project. Semua boleh mendaftarkan minat tanpa halangan geografi dan kewarganegaraan.

Pada asalnya beliau hanya ingin membawa golongan artis dan seorang wanita yang menjadi pasangan beliau. Tetapi nampaknya syarat telah diubah selepas menerima reaksi negatif. Sekiranya anda merasakan diri layak, permohonan boleh dilakukan menerusi pautan di bawah artikel ini.


Paling Popular