Cari @ Amanz

Sejak memperkenalkan penggunaan stylus pada iPad Pro enam tahun lalu, Apple kini memberikan sokongan kepada model iPad yang lain. Dengan pantas Apple Pencil menjadi aksesori wajib penggiat seni digital kerana ianya lebih selesa digunakan untuk digunakan.

Rekaan Apple Pencil generasi ketiga telah tertiris hari ini menerusi ciapan @laobaiTD. Yang dapat dilihat ialah tubuh Apple Pencil 3 kini kembali berkilat selepas menggunakan kemasan pusam pada versi terdahulu. Salah satu sisinya rata bagi membolehkan ia dilekatkan pada tubuh iPad Pro secara magnetik.

Perubahan paling drastik terletak pada bahagian mata pena yang boleh ditanggalkan. Ia sekitar 50% lebih panjang berbanding kepala pena yang digunakan sebelum ini. Adakah ini memberikan petunjuk ia kelak akan ditawarkan dalam pilihan pelbagai rekaan mata pena yang lain?

Apple telah mempatenkan Apple Pencil dengan pelbagai rekaan mata pena pada tahun 2012. Antara yang dipatenkan ialah mata pena sensor warna, kepala grafit, lampu dan juga kamera.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd