Cari @ Amanz

Serentak dengan pelancaran peranti untuk permua mercu Red Magic 6, Red Magic Watch juga telah dilancarkan. Peranti ini skrin 1.39″ AMOLED tetapi spesifikasi mengenai cip pemproses, storan dan RAM adalah misteri begitu juga dengan sistem operasi. Yang diketahui setakat ini ialah bateri yang digunakan mampu bertahan sehingga 15 hari dengan sekali caj.

Terdapat pengimbas nadi serta sokongan GPS untuk menjejak lokasi ketika bersukan. Sistem operasi mampu mengesan 16 aktiviti sukan seperti yoga, berlari, berbasikal dan berenang. Selain itu kandungan oksigen dalam darah serta ciri penjejakan tidur juga disertakan. Tubuh peranti diperbuat daripada logam dan mempunyai ketahanan kalis air sehingga 5 ATM. Bahagian tali pula diperbuat daripada silikon yang tidak membuatkan kulit gatal.

Dari segi rekaan Red Magic Watch kelihatan agresif sama seperti telefon pintar yang mereka tawarkan. Tubuh hitam dipadankan dengan tali berwarna hitam, oren, putih, jingga, kulit dan gun metal. Di China ia dijual pada harga RMB 599 (~RM376) untuk versi tali silikon dan RMB 699 (~RM439) untuk versi tali kulit,

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd