Carian
Vivo Y31s Standard Edition Dilancarkan Dengan Cip MediaTek Dimensity 700, Bateri 5000mAh
March 5, 2021 Amy Maizuraa


Vivo Y31s telah diperkenalkan sekitar Januari lalu dan ia merupakan antara peranti terawal yang menggunakan cip Snapdragon 480. Terkini, Vivo dilihat menambah sebuah lagi peranti baharu di bawah siri yang sama menerusi pengenalan Vivo Y31s Standard Edition pula. Kedua-dua peranti ini masih berkongsi sejumlah elemen yang sama – termasuklah spesifikasi dan rekaan. Perbezaan ketara hanya terletak pada sokongan cip pemproses dan saiz paparan.

Untuk spesifikasi penuh, Vivo Y31s Standard Edition menggunakan papaaran bersaiz 6.51-inci LCD dengan resolusi HD+ (1600 × 720 piksel). Ia juga menggunakan cip pemproses MediaTek Dimensity 700, memori 6GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri berkapasiti 5000mAh dengan pengecasan 18W.

Tetapan kamera utama terdiri dengan 13-Megapixel (f/2.2) (utama) + 2-Megapixel (f/2.4) (kedalaman) dan kamera hadapan pula sebesar 8-Megapixel (f/2.0). Spesifikasi lain termasuklah – pengimbas cap jari sisi, Bluetooth 5.1, sambungan port USB-C, bicu audio 3.5mm dan sebagainya. Untuk harga, Vivo Y31s Standard Edition dijual di China pada RMB1699 (~RM1,067) untuk seunit.

Komen