Cari @ Amanz

Realme GT 5G baru sahaja dilancarkan untuk pasaran China dan ia merupakan peranti pertama Realme yang hadir dengan cip Snapdragon 888. Bagaimanapun, ia tidak terhenti di situ sahaja. Sebaliknya, Realme turut mengacah kehadiran sebuah lagi peranti baharu yang akan dikenali sebagai Realme GT Neo kelak.

Buat masa ini, tidak banyak yang diketahui mengenai spesifikasi peranti. Namun, ia dipercayai hadir dengan janaan cip MediaTek Dimensity 1200 yang menggunakan teknologi 6nm dan sokongan 5G terbina. Pada masa sama, ia juga dipercayai bakal tiba secara rasmi sekitar penghujung bulan Mac atau awal April kelak. Dengan ketirisan ini, kita boleh menyasarkan lebih banyak maklumat berkaitan peranti akan dikongsikan dalam masa terdekat ini.

Cip MediaTek Dimensity 1200 telah dilancarkan sekitar bulan Januari yang lalu. Untuk spesifikasi, cip ini hadir dengan gabungan lapan teras bersama konfigurasi 1+3+4. Ia terdiri daripada 1X Cortex A78 (3.0GHz), 3X Cortex-A78 (2.6GHz) dan 4X Cortex-A55 (2.0GHz). Kemudian, GPU yang digunakan masih sama iaitu Mali-G77 MC9. Selain, turut menyokong memori terhad pada LPDDR4x dan storan berasaskan UFS 3.1.

Spesifikasi lain termasuk – sokongan skrin FHD+ dengan kadar segar semula sehingga 168Hz, sokongan sistem kamera sehingga 200-Megapixel untuk satu modul atau persediaan dwi-kamera terhad pada 32-Megapixel + 16-Megapixel dengan rakaman video sehingga 4K 60FPS. Untuk rangkaian, ia hadir dengan Wi-Fi 6 (a/b/g/n/ac/ax), Bluetooth 5.2 dan sebagainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd