Cari @ Amanz

Mahukan iMac yang paling berkuasa di pasaran? Sekiranya jawapan anda ialah ya, anda perlu melakukan pembelian pada kadar segera kerana Apple telah menghentikan pengeluaran iMac Pro. Sekiranya anda cuba melakukan pembelian hari ini, ia akan memaparkan amaran selagi stok masih ada.

iMac Pro yang ingin dibeli juga tidak lagi boleh dikustomasi. Hanya satu SKU sahaja ditawarkan iaitu Intel Xeon W, memori 32GB EEC, 1TB SSD, GPU AMD Radeon Pro Vega 56 8GB memori dan skrin 27″ Retina 5K. Kesemua ini ditawarkan pada harga RM20,855 sebuah. Dengan penarikan jualan Mac Pro yang sudah dipasarkan sejak 2017, ia mungkin petanda bahawa iMac Pro baharu dengan cip Apple Silicon akan dilancarkan kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd