Cari @ Amanz


Nokia 5.4 akhirnya ditawarkan untuk pengguna di Malaysia. Bagi yang berminat, ia sudah boleh dibeli pada harga RM899 dengan sokongan memori 4GB RAM dan storan dalaman 128GB. Anda boleh mendapatkannya menerusi beberapa platform berbeza termasuklah – kedai atas talian rasmi Nokia di Lazada dan Shopee. Sebagai alternatif, ia juga boleh dibeli menerusi pengedar sah nokia – iaitu Macpie Distribution.

Untuk spesifikasi, Nokia 5.4 hadir dengan skrin 6.39-inci pada resolusi HD+, dijana cip Snapdragon 662 dan bateri 4000mAh dengan pengecasan 10W. Tetapan kamera pula terdiri dengan sensor utama 48-megapixel + 5-megapixel (ultra-lebar) + 2-megapixel (kedalaman) + 2-megapixel (makro). Sementara itu, kamera hadapan pula, ia menggunakan sensor 16-megapixel. Menariknya, ia juga mempunyai satu butang yang didedikasikan untuk Google Assistant, selain pengimbas cap jari pada bahagian belakang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd