Xiaomi Mi 10S Akan Dilancarkan Di China Pada 10 Mac 2021 – Hadir Dengan Cip Snapdragon 870

Xiaomi Mi 10S Akan Dilancarkan Di China Pada 10 Mac 2021 – Hadir Dengan Cip Snapdragon 870

Diterbitkan pada Mac 8, 2021 oleh .

Xiaomi menerusi beberapa hantaran di laman Weibonya hari ini mengesahkan bahawa bakal hadir dengan Xiaomi Mi 10S tidak lama lagi – ia dijadualkan berlangsung pada 10 Mac 2021 dalam sebuah acara pelancaran yang bakal diadakan di China.

Buat masa ini, tidak banyak yang diketahui berkaitan spesifikasi pada peranti pintar ini. Tetapi, Xiaomi telah mengesahkan bahawa ia akan dilengkapi cip Snapdragon 870 dengan teknologi 7nm yang dilancarkan sekitar bulan Januari lalu.

Selain itu, rekaan pada modul kamera peranti pintar ini turut telah dikongsi – di mana ia kelihatan mirip seperti Xiaomi Mi 10 Ultra sebelum ini. Turut jelas kelihatan, perkataan ‘108-Megapixel’ pada modul tersebut seakan memberi bayangan bahawa – sensor utama 108-Megapixel turut dikekalkan pada model ini.

Xiaomi Mi 10 Ultra

Untuk warnanya pula, ia turut menampilkan pilihan kemasan warna biru seakan yang terdapat pada Xiaomi Mi 11. Tidak ketinggalan, Xiaomi Mi 10S dikatakan turut hadir dengan pembesar suara bersama sokongan Harmon Kardon, bateri dengan pengecasan pantas 33W dan sejumlah lagi ciri yang terdapat pada Xiaomi Mi 10 sebelum ini. Seperti biasa, penawaran lebih lanjut akan terjawab ketika pelancaran rasmi kelak.


Paling Popular