Carian
Siri OnePlus 9 Akan Dilancarkan Pada 23 Mac Ini Dengan Sistem Kamera Hasselblad
March 8, 2021 Fahim Zahar

Siri OnePlus 9 akan dilancarkan tidak lama lagi. OnePlus turut mengikuti strategi Samung, iaitu melancarkan peranti mereka lebih awal daripada biasa. OnePlus dijangka akan melancarkan tiga peranti, iaitu OnePlus 9, OnePlus 9R dan OnePlus 9 Pro.

Salah satu perkara pasti adalah, OnePlus 9 Pro akan menggunakan sistem kamera empat lensa, dan juga akan bekerjasama dengan Hasselblad. OnePlus akhirnya mendedahkan imej pengolokan rasmi, yang memperlihatkan rekaan panel belakang berserta dengan rekaan modul kamera dan tetapan kamera. Melalui video acah baharu, OnePlus turut mendedahkan tarikh pelancaran siri OnePlus 9 – iaitu 23 Mac 2021.

Tetapan kamera yang akan digunakan pada model Pro dijangka adalah 48MP + 50MP + 8MP + 2MP. OnePlus membelanjakan $150 juta untuk kerjasama dengan Hasselblad ini dengan perjanjian selama tiga tahun. OnePlus mendakwa mereka menggunakan ISP daripada Hasselblad, akan menawarkan antaramuka kamera baharu, menawarkan mod baru seperti Hasselblad Pro Mode, menyokong format 12-bit RAW, dan banyak lagi.

Menurut OnePlus, hasil kamera peranti mereka akan mendekati kamera Hasselblad. Antara lensa dan sensor yang akan digunakan adalah 140-darjah, lensa T dan banyak lagi. Sama-sama kita nantikan 23 Mac ini untuk lihat apakah kejutan yang OnePlus akan bawakan.

Komen