Carian
OnePlus 9R Mungkin Adalah Nama Akhir Peranti Snapdragon 865 OnePlus Tahun Ini
February 26, 2021 Fahim Zahar

Seperti Samsung, OnePlus juga ingin mempercepatkan pelancaran peranti mercu mereka. Siri OnePlus 9 dijangka akan hadir pada bulan Mac ini, yang mana mungkin akan mempunyai tiga peranti. Variasi yang paling murah dikatakan adalah OnePlus 9E. Ia juga dikatakan mungkin akan digelar sebagai OnePlus 9 Lite dan akan dijana dengan cip Snapdragon 865.

OnePlus 9E atau OnePlus 9 Lite ini dilaporkan mungkin akan dijual di India dan di China sahaja. Terkini, melalui laman Voice Evan Blass – terdapat kod yang menyatakan – peranti ini akan digelar sebagai OnePlus 9R. Peranti ini dijangka akan hadir dengan skrin 6.5-inci, 90Hz, kamera 64MP, bateri 5000mAh dan harga jualan mampu milik.

Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan bulan Mac ini.

Komen