Cari @ Amanz

Realme Narzo 20 telah dilancarkan di Malaysia sekitar bulan November tahun lalu dengan pilihan memori 4GB RAM dan storan dalaman 64GB. Peranti pintar ini juga dilengkapi cip pemproses MediaTek Helio G85.

Dalam perkembangan terkini, ia dilaporkan telah mula menerima kemas kini Android 11 serta pelancar Realme UI 2.0. Ia bagaimanapun akan ditawarkan untuk penguna di India terlebih dahulu. Kemudiannya, pengguna di pasaran lain akan menerimanya secara berperingkat kelak.

Antara kemas kini yang diberikan termasuklah keupayaan mod malam yang boleh diubah susai dengan tiga tetapan berbeza. Pengguna juga boleh berkongsi hotspot peribadi melalui kod QR, mengoptimumkan ciri penyuntingan foto dengan algotritma yang dinaik-taraf, sokongan ikon pihak ketiga buat pertama kali dan sebagainya. Dalam pada itu, mod permua juga menerima beberapa penambahbaikan – seperti ia mampu mengurangkan gangguan ketika sesi permainan dan menukar cara untuk panggilan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd