(Ura-Ura) Apple Akan Mengadakan Acara Pada 23 Mac Untuk Melancarkan AirPods 3 Dan AirTags

(Ura-Ura) Apple Akan Mengadakan Acara Pada 23 Mac Untuk Melancarkan AirPods 3 Dan AirTags

Diterbitkan pada Mac 9, 2021 oleh .

Sejak pertengahan tahun 2020 kami sudah mendengari ura-ura Apple akan melancarkan AirPods baharu yang akan menggantikan AirPods generasi pertama dan kedua. Ia tidak kunjung tiba dan sebaliknya AirPods Max dilancarkan sebagai fon kepala paling premium dihasilkan oleh Apple setakat ini. Tetapi AirPods 3 mungkin akan akhirnya dilancarkan dalam masa dua minggu sahaja lagi.

Menurut peniris maklumat dari China, Apple akan mengadakan sebuah acara khas pada 23 Mac kelak. Selain fon telinga nirwayar baharu, mereka mungkin juga akan akhirnya melancarkan penjejak barangan AirTags dan iPad baharu dengan skrin mini-LED yang telah lama diuar-uarkan.

AirPods 3 akan dinantikan kerana dipercayai adalah model paling mampu milik dari Apple lengkap dengan sokongan pembatalan hingar aktif (ANC) serta rekaan yang lebih mirip AirPods Pro.


Paling Popular