Oppo Enco X telah dilancarkan di China dan India sebelum ini. Ia merupakan TWS mercu daripada Oppo yang padat dengan ciri hebat dan premium. Melaluinya, Oppo bekerjasama dengan Dynaudio untuk kualiti audio yang dioptimumkan pada fon telinga ini.
Dari segi rekaan, ia menggabungkan reka bentuk tersesuai dengan rekaan fon jenis dalam telinga bertangkai dan pod pengecas yang berbentuk bujur. Selain itu, ia juga menawarkan sokongan pembatalan hingar aktif secara hibrid.

Dalam perkembangan terkini, Enco X bakal ditawarkan untuk pengguna di Malaysia. Namun begitu, Oppo Malaysia dilihat tidak berkongsi sebarang butiran lanjut mengenainya – termasuk berkaitan tarikh pelancaran dan harga rasminya. Untuk ketahui lebih lanjut, sama-sama kita tunggu perkembangan seterusnya daripada Oppo kelak. Tetapi, kita boleh menyasarkan ia mungkin akan diperkenalkan seiring dengan pengenalan siri Oppo Find X3 kelak.