Cari @ Amanz

Pada bulan lepas, DXOMark telah menerbit ulasan audio Asus ROG Phone 5. Dalam ulasan ini, ia turut memperlihatkan imej pengolokan rasmi peranti ini. Sekali lagi, Asus ROG Phone menjadi yang terhebat dalam kategori audio kerana sistem pembesar suara stereo yang kuat, hebat dan enak. Sebelum ini, Asus ROG Phone 3 menerima skor 75 dan ditewaskan oleh Xiaomi Mi 10 Pro dengan skor 76.

Asus ROG Phone 5 mendahului peranti dengan sistem audio terbaik dengan memperoleh skor 79. Terkini, Xiaomi sekali lagi menewaskan Asus dengan menjadi peranti yang mempunyai pembesar suara terbaik – iaitu Xiaomi Mi 10S dengan skor 80. Kedua-dua kategori rakaman audio dan main semula media menerima skor 80. Agak mengejutkan, Mi 11 yang sudah dilancarkan masih tidak disenarikan dalam DXOMark Audio.

Kehebatan sistem audio Mi 10S mungkin kerana ia menggunakan sistem pembesar suara simetri sebesar 0.7mm dan telah dioptimasikan oleh Harmon/Kardon.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd