Cari @ Amanz

Kerajaan negeri Selangor kini mengumumkan mereka akan menamatkan penggunaan kupon parkir untuk meletak kenderaan di semua tempat letak kenderaan yang diuruskan PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) di Selangor bermula Januari 2022 kelak.

Dengan ini, penggunaan kupon parkir secara fizikal akan ditamatkan pada 31 Disember 2021, dan bermula 1 Januari 2022, pengguna perlu melakukan pembayaran secara digital sepenuhnya.

Pengguna boleh melakukan pembayaran melalui Smart Selangor Parking, sekaligus menguruskan pembayaran tempat letak kenderaan dengan lebih baik lagi.

Disamping pengguna melakukan pembayaran tersendiri, Selangor turut sedang mengkaji pengenalan sistem e-ejen yang membolehkan ejen membayar parkir untuk pihak pengguna.

Sebelum ini, DBKL turut telah melakukan peralihan, dan kini menggunakan pembayaran secara digital sahaja melalui beberapa aplikasi terpilih untuk meletak kenderaan di Kuala Lumpur.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd