Carian
Huawei Mate 40E 5G Hadir Dengan Cip Kirin 990E, Skrin 90Hz Dan Kamera Utama 64MP
March 10, 2021 Amy Maizuraa


Imbas kembali, siri Huawei Mate 40 telah dilancarkan secara rasmi sekitar Oktober yang lalu. Dalam perkembangan terkini, Huawei dilihat memperluaskan lagi penawaran model di bawah model yang sama menerusi pengenalan Huawei Mate 40E 5G pula. Ia bagaimanapun , terhad untuk pasaran China sahaja sahaja buat masa ini.

Secara kasarnya, Huawei Mate 40E 5G berkongsi cip yang sama dengan Huawei Mate 30E Pro 5G sebelum ini. Untuk spesifikasi penuh, peranti pintar ini menggunakan skrin bersaiz 6.5-inci OLED FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz, cip pemproses Kirin 990E dan bateri berkapasiti 4200mAh dengan pengecasan 44W.

Tetapan kamera utama untuk Huawei Mate 40E pula terdiri dengan sensor sebesar 64-Megapixel (utama) (f/1.9) + 8-Megapixel (telefoto) (f/2.4)+ 16-Megapixel (Ultra-lebar) (f/2.2), sementara itu kamera hadapan pula sebesar 13-Megapixel (f/2.4). Untuk harga, Huawei Mate 40E dijual pada RMB 4599 iaitu sekitar RM2,914 untuk variasi 8GB RAM dan storan dalaman128GB.

Komen