Carian
Poco X3 Pro Mungkin Dilancarkan 30 Mac Ini
March 11, 2021 Effi Saharudin

Poco dengan selesa mengambil tempat OnePlus sebagai peranti yang ditawarkan pada harga munasabah tetapi dengan spesifikasi yang baik. Poco F1 misalnya masih lagi boleh digunakan hari ini dengan selesa serta lancar. Semalam akaun rasmi Poco memberikan petunjuk bahawa sebuah peranti baharu akan dilancarkan di India pada 30 Mac hadapan.

Berdasarkan perkataan yang ditebalkan, mungkin Poco X3 Pro ialah peranti yang akan dilancarkan kelak. Sebelum ini beberapa maklumat mengenainya telah tertiris dengan kebarangkalian ia menggunakan cip baharu Snapdragon 860 yang masih belum diumumkan secara rasmi. Pada majlis yang sama kami juga meramalkan Poco F3 turut akan dilancarkan. Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Poco F3 ialah Redmi K40 untuk pasaran global tanpa sebarang perubahan spesifikasi.

Kami tahu ramai di kalang pembaca Amanz yang meminati peranti Poco maka sama-samalah menanti pengumuman lebih rasmi dalam masa terdekat.

Komen