Mobile World Congress merupakan salah satu acara tahunan yang sering memperlihatkan pelbagai syarikat memperlihatkan penawaran masing-masing, dan melancarkan produk baru untuk sesuatu tahun. Untuk tahun ini, MWC 2021 yang dijadualkan untuk diadakan di Barcelona telah ditangguhkan ke bulan Jun, dan telah disahkan akan diadakan secara fizikal.
Apa pun, beberapa pihak masih tidak begitu selesa untuk menghadiri acara fizikal buat masa ini, disebabkan oleh penularan wabak Covid-10.

Selari dengannya, kini Sony dan Nokia telah menyatakan mereka tidak akan menyertai acara MWC 2021 di Barcelona secara fizikal.
Apa pun, terdapat kemungkinan kedua-dua syarikat masih mengumumkan produk baru – tetapi mungkin secara maya secara atas-talian.
Dengan pengumuman kedua-dua syarikat ini, terdapat kebarangkalian pengeluar lain turut tidak menyertai MWC 2021 ini secara fizikal di Barcelona.