Carian
Oppo Find X3 Neo Dan X3 Lite Turut Dilancarkan Dengan Skrin 90Hz Dan Snapdragon 865
March 12, 2021 Effi Saharudin

Semalam Oppo Find X3 Pro dilancarkan sebagai model mercu pertama dari Oppo. Tetapi selain X3 Pro dengan Snapdragon 888, dua lagi model di bawah siri Find X turut diumumkan. Kita mulakan dulu dengan Oppo Find X3 Neo yang dilengkapi skrin 6.55″ OLED FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz, dijana cip Snapdragon 865, memori 12GB RAM, storan 256GB dan bateri sebesar 4500 mAh. Sistem pengecasan SuperVOOC 65W disertakan sama seperti yang digunakan pada Find X3 Pro.

Kamera utama menggabungkan lensa 50MP sudut lebar, 16MP ultra sudut lebar, 13MP telefoto dam 2MP makro. Kesemua kamera disusun menegak dengan bonggol menyerupai siri Reno5 yang dilancarkan bulan lalu. Di hadapan pula sebuah kamera 32MP digunakan. Bolehlah dikatakan Find X3 Neo ialah sebuah Reno5 Pro 5G yang dikemaskini dengan cip Snapdragon, bateri lebih besar dan kamera yang ditambah baik dengan sistem telefoto.

Seterusnya ialah Oppo Find X3 Lite pula dilengkapi skrin 6.4″ OLED FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz, dijana cip Snapdragon 765G, memori 8GB RAM, storan 128GB dan bateri sebesar 4300 mAh dengan pengecasan SuperVOOC 65W, kamera utama 64+8+2+2 MP dan kamera hadapan 32MP. Find X3 Lite pula adalah Oppo Reno5 tanpa sebaran perubahan pada spesifikasi. Memandangkan Reno5 dan Reno5 Pro 5G telahpun dilancarkan di Malaysia, bolehlah diramalkan Find X3 Neo dan Find X3 Lite tidak akan dilancarkan di Malaysia dalam masa terdekat.

Komen