Carian
Samsung Menandatangani Perjanjian Dengan Nokia Untuk Paten Teknologi Video
March 12, 2021 Fahim Zahar

Nokia mempunyai banyak teknologi hebat tersendiri yang telah dipatenkan. Malah, sepanjang 20 tahun dalam kajian dan pembangunan mereka telah melabur sekitar RM635 bilion untuk 20,000 paten. 3500 daripada itu adalah untuk 5G sahaja. Bukan itu sahaja, Nokia turut pernah memenangi pelbagai anugerah Technology & Engineering Emmy Awards.

Samsung Logo

Terkini, Samsung telah menandatangani perjanjian dengan Nokia untuk menggunakan paten teknologi video. Paten ini dikatakan adalah untuk satu piawaian video. Namun, paten apakah dan untuk apakah tidak didedahkan. Melalui perjanjian ini, Samsung akan membayar royalti kepada Nokia dan sebagai peringatan ini adalah “Nokia” bukan HMD Global yang memegang hak peranti Nokia. Ini juga bukan kali pertama Samsung dan Nokia berkerjasama, tahun 2013 Samsung ada teruskan perjanjian selama lima tahun lagi.

Komen