Vivo Y20s mula ditawarkan untuk pengguna di Malaysia sekitar bulan Disember yang lalu. Pada asalnya, harga jualan untuk Vivo Y20s adalah RM899. Namun begitu, ia kini telah dikemaskini dengan penawaran harga RM100 lebih rendah berbanding harga asal. Melaluinya, anda kini boleh mendapatkannya pada harga RM799 sahaja. Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkannya menerusi kedai atas talian rasmi Vivo.

Untuk spesifikasi, Vivo Y20s dilengkapi skrin bersaiz 6.51-inci IPS LCD dengan resolusi HD+. Seterusnya, ia juga dilengkapi cip Snapdragon 460, memori 8GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 18W.
Tetapan kamera utama terdiri dengan 13-Megapixel (f/2.2) + 2-Megapixel (f/2.4) + 2-Megapixel (f/2.4) dan kamera hadapan pula sebesar 8-Megapixel (f/1.8). Spesifikasi lain termasuklah – pengimbas cap jari sisi, antaramuka Funtouch OS 10.5 berasaskan Android 10, dua pilihan warna berbeza iaitu Purist Blue atau Obsidian Black dan banyak lagi.