Cari @ Amanz

Hakim di Mahkamah Persekutuan di Washington kini telah menghalang arahan Jabatan Pertahanan di Amerika Syarikat yang menghalang sebarang pelaburan dari Amerika Syarikat ke syarikat Xiaomi.

Sebelum ini, pada awal tahun 2021 ini, dibawah pentadbiran Trump, firma-firma di Amerika Syarikat telah dihalang untuk melabur pada Xiaomi, dan meminta pelabur sedia ada untuk mencairkan pegangan masing-masing.

Apa pun, Xiaomi membawa kes berkenaan ke mahkamah, dan kini hakim telah menghalang arahan berkenaan buat sementara waktu.

Xiaomi sebelum ini telah menjadi antara pengeluar telefon pintar terkemuka dunia, dan memberikan saingan sengit dalam kedudukan Apple sebagai pengeluar kedua terbesar dunia. Pihak berkuasa di Amerika Syarikat dikatakan telah menyenaraikan Xiaomi dalam senarai entiti kerana anugerah dimenangi oleh CEO Xiaomi di China.

Dengan arahan sementara ini, Xiaomi dilihat akan terus membuat permohonan di mahkamah untuk membuang mereka daripada senarai entiti berkenaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd