Microsoft Turut Akan Menawarkan Kemaskini Versi Baru Edge Setiap 4 Minggu – Seperti Google

Diterbitkan pada Mac 13, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Microsoft Edge merupakan pelayar web yang ditawarkan oleh Microsoft, berasaskan kepada enjin Chromium. Dengan pengumuman pihak Chromium untuk menawarkan versi baru setiap empat minggu sekali, kini Microsoft turut mengumumkan akan melakukan perkara sama.

Dengan perubahan terbaru ini, pengguna akan menerima versi terbaru Edge setiap 4 minggu sekali – atau turut boleh memilih versi perusahaan yang ditawarkan setiap 8 minggu sekali.

Dengan perubahan ini, pelbagai perkara baru boleh ditawarkan dengan lebih pantas – terutamanya inovasi dan ciri-ciri baru melibatkan web.

Microsoft mengatakan perubahan ini akan diimplementasikan bermula Microsoft Edge 94 kelak yang dijadualkan sekitar bulan September kelak.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami