Pendaftaran Sukarelawan MyVAC Bagi Membantu Program Vaksinasi Covid-19 Kebangsaan Kini Dibuka

Diterbitkan pada Mac 15, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

“Jangan ditanya apa yang boleh negara lakukan untuk kamu tetapi tanyalah apa yang boleh anda lakukan untuk negara”. Ini ialah antara mutiara kata paling dikenali dari Presiden John F Kennedy. Sedang negara bertarung dengan pandemik sejak setahun lalu, ramai yang kami lihat ingin berbakti kepada negara. Kini ia boleh dilakukan kerana pendaftaran program sukarelawan MyVAC (Malaysia Vaccine Support Volunteers) telah dibuka.

Vaksin Covid

Menerusi program ini, orang ramai yang berminat boleh menjadi sukarelawan di 605 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara bagi menjayakan Program Imunisasi Covid-19 kebangsaan. Antara tanggungjawab sukarelawan ialah melakukan saringan suhu, mengawal orang ramai di PPV, menyelaras pertukaran tarikh bagi mereka yang gagal saringan suhu, mengedarkan borang kebenaran vaksinasi dan banyak lagi. Bagi mereka yang ingin menjadi sukarelawan perubatan pula mereka akan memberikan suntikan vaksin, memerhati penerima selepas suntikan dan melakukan saringan kesihatan.

MyVAC hanya dibuka kepada rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas, sihat tubuh badan dan tidak terdedah kepada pesakit Covid-19 dalam masa 14 hari. Latihan akan diberikan secara atas talian sebelum memulakan tugas. Mereka yang dipilih juga tidak akan diberikan kelebihan untuk mendapatkan vaksin lebih awal.

Laman mendaftar menjadi sukarelawan MyVAC (Malaysia Vaccine Support Volunteers)

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami