Pada 2014 yang lepas, taman tema permainan Angry Birds telah dibuka di Johor Bahru, dinamakan sebagai Angry Birds Activity Park. Ketika itu, ia dibuka kepada umum di KOMTAR JBCC dengan akses masuk pada harga bermula RM60 seorang.
Apa pun, kini ia diumumkan taman tema berkenaan akan ditamatkan operasinya pada 5 April 2021 akan datang – sekitar dalam masa kurang sebulan lagi.
Sebab utama disebaliknya tidak dinyatakan. Namun, disebabkan oleh penularan wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan, ia telah memberikan impak terhadap sejumlah perniagaan – termasuk berkaitan taman tema yang memerlukan kehadiran fizikal oleh orang ramai. Berkemungkinan ia adalah salah satu sebab yang membawa kepada penutupan taman tema ini.
Bagi anda sendiri, adakah anda berpeluang mencuba Angry Birds Activity Park ini?