Netflix Menawarkan Pelan Baharu Mobile+ Pada Harga RM25 Sebulan

Diterbitkan pada Mac 17, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Masalah utama dengan penstriman video sekarang ialah terlalu banyak perkhidmatan yang perlu dilanggan. Ia sepatutnya mengurangkan kos berbanding perkhidmatan televisyen berbayar tetapi kini menjadi mahal kerana perlu melanggan kepada lebih daripada satu. Hari ini Netflix Malaysia cuba mengurangkan kos langganan menerusi pelan baharu Mobile+.

Pelan Mobile+ ini boleh dilanggan pad harga RM25 sebulan. Ia lebih murah berbanding pelan Basic yang ditawarkan pada harga RM35 sebulan dan sedikit lebih mahal berbanding Mobile pada harga RM17 sebulan. Menarik sekali pelanggan boleh menstrim menerusi telefon, tablet dan komputer pada resolusi HD sedangkan pelan Basic masih dihadkan ke resolusi SD sahaja. Kekurangan ialah pelanggan tidak boleh menstrim menggunakan televisyen pintar. Harus diingatkan menerusi pelan ini hanya satu pengguna boleh menstrim pada satu-satu masa.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami