Qualcomm Melengkapkan Pengambilalihan NUVIA Untuk RM5.6 Bilion

Qualcomm Melengkapkan Pengambilalihan NUVIA Untuk RM5.6 Bilion

Diterbitkan pada Mac 17, 2021 oleh .

Pada bulan Januari bulan ini, kami ada melaporkan bahawa Qualcomm akan mengambil-alih syarikat teknologi semikonduktor NUVIA pada harga RM5.6 bilion.

Terkini, Qualcomm mengesahkan bahawa mereka telah melengkapkan pengambilalihan tersebut, dan NUVIA kini berada dibawah naungan Qualcomm Technologies.

Cristiano Amon, CEO Qualcomm mengatakan bahawa dengan teknologi yang dibangunkan NUVIA, cip-cip pemprosesan Qualcomm di masa hadapan akan hadir dengan prestasi yang jauh lebih baik berbanding apa-apa yang ditawarkan sebelum ini.

Beliau juga menjangkakan cip-cip pemprosesan mereka bakal menjadi lebih cekap dalam menggerakkan sistem-sistem operasi seperti Android dan Windows, mungkin setaraf dengan apa yang dilakukan oleh Apple melalui cip pemprosesan Apple M1 yang kini menguasakan komputer riba MacBook Air dan MacBook Pro 13.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini juga, para pengasas NUVIA adalah mereka yang bertanggungjawab untuk membangunkan Apple Silicon sebelum mereka meninggalkan Apple untuk memulakan syarikat mereka sendiri.


Paling Popular