Micron Menghentikan Pengeluaran Memori 3D XPoint, Berhasrat Menjual Kilang

Diterbitkan pada Mac 17, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Micron ialah syarikat pembuat memori yang cukup terkenal untuk bekerjasama dengan Intel sebelum ini untuk membangunkan memori 3D XPoint yang digunakan oleh Intel untuk perkakasan storan Intel Optane mereka.

Kerjasama tersebut, yang dinamakan IM Flash Technologies, telah diambilalih oleh Micron pada tahun 2019 dimana Micron dilaporkan akan terus membangunkan memori 3D XPoint dengan sendiri, dimana Intel kemudiannya akan membeli cip-cip memori ini untuk memori Optane mereka.

Nampaknya pelan tersebut tidak begitu menjadi, kerana selepas pengambilalihan IM Flash, Micron telah melaporkan kerugian dari tahun-ke-tahun, khususnya kerana penjualan cip memori tersebut kepada Intel tidak mencukupi untuk menutup kos yang diperlukan untuk membangunkannya.

Oleh itu, Micron baru-baru ini mengambil keputusan drastik untuk menghentikan pengeluaran memori 3D XPoint dan dilihat mahu menjual juga kilang pembangunan memori tersebut, yang terletak di Lehi, Utah.

Micron dijangka akan cuba untuk mencari pembeli-pembeli yang berminat untuk membangunkan cip memori mereka sendiri, khususnya apabila industri teknologi kini memerlukan pembangunan semikonduktor dan storan yang banyak.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami