Perdana Menteri hari ini telah mengumumkan PEMERKASA, dimana sejumlah bantuan diumumkan untuk orang ramai dibawahnya. Salah satunya adalah termasuk penambah-baikkan penawaran subsidi untuk pembelian telefon.
Seperti ramai sedia maklum, kerajaan sedia mengumumkan subsidi pembelian telefon atau bil telekomunikasi sebanyak RM180 pada Belanjawan 2021 kepada semua penerima BPR – selari dengan keperluan bekerja dan belajar dari rumah.

Terbaru, dibawah PEMERKASA, ia ditambah-baiik, dan subsidi ditambah kepada RM300 ditawarkan khusus untuk isi rumah yang mempunyai anak bersekolah. Subsidi ini adalah khusus untuk pembelian telefon pintar atau peranti baharu.
Kerajaan menyasarkan untuk menawarkan subsidi ini bermula awal bulan Mei ini.
Pada masa yang sama, kerajaan turut menyeru syarikat telekomunikasi untuk menawarkan pakej internet mampu milik dan terus menyediakan kuota data tambahan dalam memudahkan proses pembelajaran.