Kerajaan sedia mengumumkan program eBelia sebelum ini dalam mempopularkan penggunaan transaksi nirtunai melalui dompet digital. Selari dengannya, mereka yang berumur 18 tahun hingga 20 tahun, termasuk pelajar institusi pendidikan tinggi sepenuh masa akan menerima kredit sebanyak RM100 melalui dompet digital pilihan.
Terbaru, dibawah PEMERKASA, kerajaan meningkatkan nilai kredit berkenaan daripada RM100 kepada RM150.
Program eBelia ini akan dilaksanakan bermula Jun 2021 kelak. Kita mungkin akan mendengar lanjut berkenaan pelaksanaan program eBelia ini menjelang bulan Jun kelak.