Carian
Apple Bakal Memperkenalkan iPad Mini Dengan Skrin Lebih Besar Pada Tahun Ini
March 18, 2021 Aman

Selain kemaskini untuk iPad Pro, Apple pada tahun 2021 ini turut dijangka memperkenalkan kemaskini untuk iPad Mini yang akan menyertakan skrin bersaiz lebih besar.

Sehingga kini, iPad Mini menawarkan skrin bersaiz 7.9-inci, dan kali terakhir ia dikemaskini pada tahun 2019 yang lepas – serta menyertakan sokongan Apple Pencil.

Melalui kemaskini pada tahun ini, selain rekaan skrin bersaiz lebih besar, ia juga dijangka akan menawarkan cip pemprosesan yang dikemaskini bersama dengannya.

Pada masa yang sama, Apple juga dijangka menawarkan kemaskini kepada siri keluarga iPad biasa dengan rekaan lebih nipis dan ringan.

Komen