Cari @ Amanz

Liputan Rangkaian 4G Di Seluruh Negara Kini Berada Pada 93 Peratus – SKMM

Oleh Nazrin

Link Copied!

Pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini mengesahkan bahawa tahap liputan rangkaian 4G di seluruh negara adalah berada pada tahap sekitar 93 peratus.

Menurut pengerusi SKMM, Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek, peratusan ini adalah peningkatan 1.2 peratus berbanding dengan bulan September tahun lepas apabila program JENDELA mula diperkenalkan. Beliau juga berkata bahawa negara sedang berada di landasan yang tepat untuk memastikan bahawa liputan rangkaian 4G negara ini berada pada tahap 95 peratus.

Melalui program JENDELA, kerajaan dan syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan bekerjasama untuk memperbaiki mutu rangkaian internet negara, tidak kira dari segi penawaran internet jalur-lebar ataupun mudah-alih. Pihak SKMM telah mengambil maklum tentang pelbagai keluhan rakyat mengenai kekurangan dari segi rangkaian internet 4G dan mengambil langkah-langkah untuk memperbaikinya.

SKMM turut akan memperlihatkan laporan suku pertama program JENDELA sekitar awal bulan April kelak, dan akan mengumumkan maklumat baru mengenai penambahbaikan rangkaian gentian optik, 4G dan penutupan rangkaian 3G pada penghujung tahun kelak.


Komen ()