Rekaan OnePlus Watch Akhirnya Didedahkan

Diterbitkan pada Mac 20, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Strategi pemasaran OnePlus akhir-akhir ini boleh dikatakan sebagai tidak konvensional. Maklumat mengenai spesifikasi, kamera dan rekaan didedahkan sendiri oleh mereka secara berperingkat sebelum hari pelancaran. Semalam, rekaan OnePlus Watch pula telah ditiriskan kepada umum selepas hanya diacah sahaja.

OnePlus Watch dilengkapi skrin bulat dengan dua butang sisi pada bahagian kanan. Tali jam yang diperbuat daripada silikon mempunyai tekstur seakan jaring manakala bahagian penyangkuk adalah dari jenis untuk aktiviti sukan. Sekilas pandang ia menyerupai rekaan seakan Samsung Watch Active 2 yang dilancarkan dua tahun lalu cuma dengan rekaan butang fizikal sedikit berbeza. OnePlus Watch disahkan tidak akan menggunakan Wear OS dan akan dilancarkan secara rasmi dengan siri OnePlus 9 pada 22 Mac hadapan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami