Apple Didenda RM8 Juta Kerana Menjual iPhone Tanpa Pengecas Di Brazil

Diterbitkan pada Mac 22, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple tidak lagi menawarkan pengecas dengan setiap pembelian iPhone dan Apple Watch tahun lalu sebagai komitmen untuk mengurangkan pencemaran elektronik. Tetapi alasan murni mereka ini tidak diterima oleh pihak berkuasa perbandaran Sao Paolo, Brazil dan akibatnya mereka didenda R$ 10,546,442.48 (~RM 7.8 juta).

Mereka didapati bersalah tidak menyertakan pengecas yang termaktub dalam undang-undang hak pengguna di kotaraya tersebut. Selain itu mereka juga dikatakan tidak telus dalam mengiklankan peranti pereka adalah kalis air kerana apabila berlaku kerosakan akibat dimasuki cecair, kos baik pulih percuma tidak termasuk dalam jaminan yang diberikan. Apple turut didapati bersalah menjual peranti yang mengalami kerosakan kepada pengguna. Pihak Apple akan merayu supaya denda tidak dikenakan dan mungkin perlu ke mahkamah.

Di Brazil pengeluar lain seperti Samsung menyertakan pengecas sebagai hadiah percuma pra-tempahan bagi tidak dikenakan tindakan oleh pihak berwajib. Tindakan Apple tidak menyertakan pengecas adalah tidak popular di kalangan pengguna tetapi menjadi trend ikutan beberapa pengeluar lain tahun ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami