Cari @ Amanz

Dr. Ugur Sahin dan Dr. Ozlem Tureci adalah dua doktor yang mencipta vaksin Comirnaty yang lebih dikenali sebagai vaksin Pfizer-BioNTech. Vaksin ini dihasilkan dalam masa kurang setahun menggunakan teknologi Messenger RNA (mRNA) yang mengajar sel tubuh untuk menghasilkan protein yang kemudiannya memicu sistem pertahanan tubuh. Kini Dr. Ozlem Tureci berkata teknologi mRNA akan digunakan oleh BioNTech untuk menghasilkan vaksin kanser pula.

Pfizer

Dalam temuramah bersama Associated Press, Dr. Tureci berkata BioNTech kini mempunyai beberapa calon vaksin yang masih belum diuji. Firma ini sendiri pada asalnya ditubuhkan bagi mencari vaksin kanser dan hanya menghasilkan vaksin Covid-19 kerana keperluan situasi pandemik yang meruncing.

Dengan kejayaan Comirnaty, BioNTech kini mempunyai dana yang mencukupi untuk meneruskan kajian mencari vaksin kanser. Apabila ditanya bilakan ia mungkin diberikan kepada umum, Dr. Tureci berkata ia mungkin dalam masa beberapa tahun sahaja lagi.

Tumpuan utama BioNTech pada waktu ini ialah memastikan Comirnaty adalah berkesan untuk menentang beberapa mutasi baharu Covid-19 yang mula ditemui.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd