Cari @ Amanz

Nampaknya bukan satu, sebaliknya dua produk baharu yang bakal dilancarkan oleh Realme pada bulan ini. Selain daripada peranti baharu di bawah siri Narzo, Realme juga bakal memperkenalkan aksesori audio terkini mereka iaitu Realme Buds Air 2.

Fon telinga ini telah dilancarkan di India sebelum ini dengan sejumlah peningkatan ketara berbanding generasi sebelum ini – terutamanya dari segi ketahanan bateri yang lebih baik. Menurut Realme, acara pelancarannya dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan iaitu 25 Mac 2021. Ianya akan diadakan secara atas talian menerusi laman Facebook rasmi Realme Malaysia bermula jam 12 tengah hari.

Untuk spesifikasi khusus, Realme Buds Air 2 dilengkapi pemandu audio sebesar 10mm dan setiap daripadanya disertakan dua mikrofon untuk sokongan panggilan lebih baik. Ia juga dilengkapi sokongan kawalan sesentuh untuk pengguna mengawal akses pintas dan ciri-ciri lain – seperti sistem pembatalan hingar aktif (ANC) dan Transparency Mode. Spesifikasi lain termasuklah – Cip R2 terbina di dalam pod pengecas yang menyokong tambatan pantas Google Fast Pair, ketahanan IPX5, bateri sehingga 25 hari dan banyak lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd