Cari @ Amanz

Rasmi : Samsung Galaxy A32 Berharga RM1099, A32 5G RM1199, A52 RM1499, A72 RM1899

Oleh Aman

Link Copied!

Samsung Malaysia hari ini telah mengesahkan pengenalan siri Galaxy A untuk pasaran tempatan, dan menawarkan empat model untuk pasaran tempatan, iaitu Samsung Galaxy A32, Galaxy A32 5G, Galaxy A52 dan juga Galaxy  A72.

Seperti tertiris sebelum ini, berikut merupakan harga jualan untuk siri Galaxy A 2021 ini;

  • Galaxy A32 4G (8+128GB) – RM1099
  • Galaxy A32 5G (8+128GB) – RM1199
  • Galaxy A52 (8+256GB) – RM1499
  • Galaxy A72 (8GB+256GB) – RM1899

Kesemua siri ini, ia hadir dengan rekaan yang diberikan nafas baharu, dilengkapi dengan skrin pada kadar segar semula lebih tinggi, dan beberapa ciri baharu yang menarik.

Samsung Malaysia turut menawarkan ganjaran hadiah percuma untuk pembelian antara 26 Mac ke 30 April 2021 ini, dimana Samsung menawarkan kerangka luar lembut, selain promosi tukar-beli ketika membeli.


Komen ()