Samsung Mungkin Melancarkan Peranti Skrin Dwi-Lipatan Tahun Ini

Samsung Mungkin Melancarkan Peranti Skrin Dwi-Lipatan Tahun Ini

Diterbitkan pada Mac 23, 2021 oleh .

Dengan Galaxy Z Fold dan Galaxy Z Flip, Samsung mendominasi pasaran peranti skrin boleh-lipat. Dianggar sekitar 3.5 juta peranti skrin boleh-lipat berjaya dipasarkan oleh Samsung tahun lalu. Sungguhpun begitu Samsung masih belum berpuas hati dan menurut laporan Nikkei Asia akan melancarkan peranti skrin dwi-lipatan tahun ini.

Pembangunan peranti dengan skrin yang boleh dilipat dua kali ini telahpun dimulakan. Samsung menyedari kekurangan pada Galaxy Fold2 tahun lalu ialah pada kedudukan skrin terbuka, ia mempunyai nisbah 25:9 yang tidak ideal untuk permua atau menonton video. Pembangun aplikasi juga perlu mengubah aplikasi untuk menyokong resolusi aneh ini. Dengan skrin dwi-lipatan, apabila dibuka sepenuhnya skrin akan mempunyai nisbah 16:9 atau 18:9. Samsung telapun mempatenkan rekaan tablet dengan skrin dwi-lipatan sejak 2016 lagi.

Tahun ini Samsung diramalkan akan melancarkan tiga peranti skrin boleh lipat dengan salah satunya adalah versi lebih mampu milik. Jika laporan ini benar, peranti skrin dwi-lipatan ini pastinya versi paling premium di bawah keluarga Fold.


Paling Popular